My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Tuesday, December 27, 2011

Tips Hidup Harmoni

Senyum dan ketawalah lebih banyak lagi.

Bilakah masa terakhir anda tersenyum dan ketawa? Senyum dan ketawa adalah dua aksi spontan tubuh badan yang tidak boleh dipisahkan apabila anda senang, gembira atau bersukacita. Anda tidak selamanya tersenyum. Anda juga tidak selamanya ketawa. Perlakuan ini hanya berlaku pada masa-masa, dan pada keadaan-keadaan tertentu sahaja.

Berusahalah untuk mengenal pasti bilakah masa dan keadaannya anda akan merasa senang untuk tersenyum dan ketawa. Agar apabila masa dan keadaan tersebut muncul, anda akan tersenyum dan ketawa tanpa dipaksa-paksa lagi. Jika anda seorang yang memang sukar untuk tersenyum dan ketawa, mulai saat ini, bertekadlah dalam diri anda bahawa anda mahukan suatu perubahan. Perubahan yang ringkas tetapi mampu mengangkat emosi, perasaan, jiwa, dan hidup anda ke tahap yang lebih baik. Bahagia dan harmoni.

Jika selama ini muka anda memanjang sentiasa, apa kata kalau anda mulakan ukiran senyum yang kecil sahaja bermula di hujung bibir anda. Pastinya, perlakuan itu tidaklah sesukar mana sebagaimana yang anda jangkakan. Senyuman itu tidaklah menyakitkan. Senyuman itu tidaklah menggerunkan. Senyuman itu tidaklah menyesakkan pernafasan anda. Malah anda akan merasa lebih lega berbanding sebelumnya. 


Tetapi ingat, tersenyum-senyum dan ketawa terbahak-bahak sendirian, mungkin mendatangkan presepsi tidak baik orang lain mengenai diri anda. Anggapan yang sinonim dengan perlakuan ini ialah tiadanya kewarasan pada diri anda. Walaupun anda sudah senang dengan perlakuan spontan senyum dan ketawa, tidak semestinya perlakuan mahal dan berfaedah ini, dilakukan sewanang-wanangnya pada sebarang masa, dan sebarang keadaan. 

Hidup harmoni ialah menyedari bahawa senyum dan ketawa bukanlah suatu perlakuan yang menyalahi undang-undang dan peraturan asas kehidupan, dan anda boleh senyum dan ketawa lebih banyak lagi berbanding masa-masa yang sudah lalu. Itu ialah kebahagian hidup anda. Anda bahagia, anda harmoni.

1 comment:

somoon said...

Thanks for the comment LintasKoran.