Aduh, aduh, aduuuuuuhhhhhh ...! Kenapa ya ada suami yang sanggup potong anggota tubuh badan isteri hanya kerana alasan yang tidak masuk akal. Tubuh badan isteri dipotong-potong bagaikan sayuran lagaknya. Apakah suami seumpama ini tidak ada rasa sakit? Suami seperti ini kesumatnya lebih gah berbanding fikiran warasnya.
Hawa Menderita Lima Jari Dipotong
Entah kenapa Rafiqul tiba-tiba pada suatu hari menelefon isterinya bahawa dia ada kejutan buat isterinya. Setibanya di rumah, Rafiqul kononnya mahu memberikan kejutan buat dia lalu menutup mata isterinya menggunakan perakat tap (celotape), menutup mulut dna mengikat tangan Hawa. Sepantas kilat Rafiqul mengambil piasu dan memotong kelima-lima jari tangan kanan Hawa. Bayangkan kesakitan yang dialami Hawa!
"Dia marah karena tak suka melihat istrinya belajar di perguruan tinggi. Dia tak dapat menerima kenyataan bahawa dia hanya berpendidikan rendah, sementara istrinya memiliki pendidikan lebih tinggi," kata Mohammad Salauddin, pejabat kepolisian di Bangladesh, seperti dikutip Telegraph.
Hawa Akhter, sekembalinya ke rumah orangtuanya setelah menjalani rawatan perubatan di rumah sakit, masih memiliki keinginan kuat untuk menyelesaikan pembelajarannya. "Tangan kanan saya telah dipotong, tapi saya masih boleh menggunakan tangan yang lain," katanya kepada The Daily Star.
Rafiqul, Suami Ganas Tidak Sedar Diri
Bulan Jun yang lalu, seorang lelaki pengangguran mencungkil mata istrinya yang bekerja sebagai pembantu profesor di sebuah universiti di Dhaka. Lelaki ini marah ketika mendengar niat istrinya yang ingin melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti di Kanada.
Beberapa tahun yang lalu saya ada membaca kisah seorang wanita paling malang akibat kecemburuan suami yang melampau. Kedua biji mata dicungkil keluar, kedua cuping telinga dipotong, hidung dipotong, dan yang lebih dashyat suaminya tegah memotong lidah wanita tersebut. Kisah wanita ini turut disiarkan oleh National Geography beberapa tahun yang lalu dan mendapat perhatian diseluruh dunia.
Masih ada pula suami jehanam dizaman galaktika ini!
Antara penderitaan wanita yang Keluarga Harmoni kongsikan ada di sini.
Maaf saya bukan innocent sangat, tapi dalam bab ngeri seperti ini dan menjadikan wanita sebagai luahan kecemburuan, kemarahan, dendam, kesumat dan seumpamanya, saya fikir orang itu lebih baik tidak disebut suami atau lelaki. Gelaran dan panggilan yang paling sesuai buat mereka ini ialah 'MONDOU'.
Nak tahu apa itu MONDOU?
7 comments:
Astagfirrullah...kenapa bisa terjadi ya..
Malang kepadakepada isteri yang alami kegetiran sebegini
suami tak berhati perut
aduh kejam nya
Ini namanya bukan suami ...
astagfirullah,
kejaaaaaaaaaam....
memang kejam
Post a Comment