My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Thursday, December 8, 2011

Applikasi Online Semakin Menyenangkan

Setiap saat ada saja perubahan dalam kemajuan online. Sudah tentu perkara ini mendatangkan manafaat yang tidak terhingga jangkauannya. Apa pun kemajuan yang mendadak ini tidak kurang juga perkara negatif yang melanda sesiapa pun juga terutamanya muda-mudi. Muda-mudi yang saya maksudkan di sini ialah mereka yang sudah berumur 'banyak' tetapi fikiran masih keanak-anakan: tidak tahu membezakan antara yang baik dan yang tidak baik. Menyalahgunakan kebijaksanaan melayari internet alias bongo atau ngok. Ini memudaratkan minda, otak , jiwa, raga, dan tubuh. Hu!

Maaf saya jauh meleret. Sebenarnya entri saya kali ini bukan mahu mengatai prinsip dan hak individu. Cuma saya mahu membawa pembaca kepada presepsi positif kemudahan online. Khususnya apabila kita berhadapan dengan key-in atau pemasukan data-data tertentu secara online. Kredit diberikan kepada dunia maya dalam hal ini.


Kemudahan online tentunya menyenangkan. Kerja menjadi lebih mudah dan teratur. Kenapa? Kalau dua puluh tahun yang lalu, anda sendiri yang membawa senarai barangan atau dalam kes entri ini, saya bawa pembaca kepada key-in senarai markah pelajar ke database institusi pengurusan akademik pelajar, tetapi saat ini anda hanya perlu menghadap skrin komputer dan segalanya mengenai tugas berkaitan akan selesai dalam beberapa tempoh saja. Anda tidak perlu berjumpa dengan sesiapa pun. Yang paling penting anda hanya perlukan username dan password. Itu sahaja. Senangkan.


Tapi jangan lupa. Ada juga beberapa kelemahan online yang tidak boleh tidak semua orang harus sedar dan sentiasa berwaspada. Jika ada kesilapan memasukkan apa-apa butiran atau data, ia akan dan masih diterima oleh database sebagai benar belaka. Jadi bagaimana? Anda perlu berjenaka lebih banyak lagi. Tulis alasan tunjuk sebab kenapa data yang telah dimasukkan itu tidak betul dan sebagainya. Keadaannya semakin rumit dan cerewet.

Atau jika anda mehu mengelak perkara ini dari terjadi kepada diri anda, biar cermat sedikit. Maknanya jangan cuai. Kalau markah itu 4.00 masukkan 4.00. Jangan masukkan 3.99. Itu dah salah. Akibatnya student yang menerima padah! Ayoyo ...

Sebenarnya apliksi online sudah tentu membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Dengan syarat minda mesti mantap. Jangan mudah terpedaya dengan apa-apa paparan yang ada terutamanya pronografi, propoganda, hasutan, dan apa juga perkara-perkara yang berkaitan dan tidak membina minda menjadi lebih mantap dan cemerlang kearah kebaikan untuk menjadi individu yang lebih berwibwa dalam istilah bermoral dan perpendirian teguh serta tidak mudah dipengaruhi oleh apa pun anasir.

Ya rakan-rakan blogger dan pembaca entri ini, be smart all the time.

2 comments:

teratai said...

Penggunaan website utk key in data memang mudah, tapi perlu seiring dengan infrastrukturnya, baru kerja menjadi cekap dan mudah!

somoon said...

Ya, sudah tentu. Thanks teratai