Maaf tapi saya agak gerun dengan penyakit yang satu ini. Kenapa? Ada satu sebab yang tidak mampu saya lupakan. Penyakit barah adalah penyakit yang benar-benar menggerunkan. Khususnya kepada saya sendiri.
Saya akan beritahu kepada anda rakan-rakan internet sekalian kenapa.
Lapan tahun yang lalu, seorang ahli keluarga saya didapati mengidap penyakit ketumbuhan. Ketumbuhan pada payu daranya. Sejak saat itu dia tidak henti-henti berulang-alik ke hospital untuk berubat.
Bermula dari pembedahan membuang payu daranya. Setiap minggu dia akan menjalani rawatan kimoterapy dengan harapan penyakitnya hilang dan kesihatannya pulih semula seperti sedia kala. Itulah harapan kami sekeluarga apatah lagi diri ini sebagai adik-beradiknya.
Setahun dia bergumul menghadapi kegetiran dan kesakitan yang tidak tertanggungkan. Segala usaha dan upaya yang dilakukan nampakanya tidak membuahkan hasil.
Nampaknya keadaan tidak berpihak kepada kami sekeluarga khusunya saudara perempuan saya ini. Saya lihat dan saya percaya dia begitu tabah.
Saat-saat akhir hidupnyanya, penderitaan akibat kesakitan menjadi semakin perit. Ada tumbuh benjolan-benjolan disebelah belakannya yang akhirnya dipercayai sebagai barah kronik.
Saya fikir dia tidak akan pergi meninggalkan kami tapi penyakit itu lebih ganas menyentap dia dari dekapan kami. Kami pasrah dengan sedih selepas segala-galanya kami usahakan agar dia sembuh, tetapi tidak.
Tiga entri saya yang lalu mengenai cancer mungkin kesan dari trauma dan kekejaman penyakit cancer yang pernah saya saksikan.
Sama ada anda wanita atau pria, ambil langkah berjaga-jaga. Buat pemeriksaan pada anggota tubuh badan sendiri terutamanya wanita. Jika ada kelainan, jangan sangsi untuk bertemu dengan doktor pakar.
Tindakan awal mungkin masih mampu menyelamatkan nyawa sesiapa pun juga.
Selamat membaca.
3 comments:
Saya ikut salut atas ketabahan saudara perempuan anda. Semoga ruhnya ditempatkan Allah di sebaik-baiknya tempat. Kisah anda juga terjadi pada seorang tetangga saya. Berbagai usaha dilakukan hingga habis harta benda untuk berobat, tapi barah payudara yang dihidapnya semakin ganas hingga membawanya pada ajal. Terima kasih telah berbagi, tulisan anda akan menggugah hati siapapun agar lebih waspada terhadap barah...
Terima kasih saudara ismanpunggul. Saya amat menghargainya.
mengerikan..
Post a Comment