Setiap pasangan atau tepatnya ibu dan ayah pastinya menginginkan cahaya mata yang lahir mempunyai kemantapan kesihatan yang baik dan normal. Tubuh badan si anak yang mungil, cergas, riang dan ceria pastinya menjadi dambaan setiap ibubapa. Apa tidaknya kerana anak menjadi pengerat kasih dan pengikat sayang antara mereka berdua.
Apa yang anda boleh bayangkan jika satu pasangan suami-isteri mempunyai anak yang sakit-sakitan? Kebingungan, risau, dukacita, dan kebimbangan adalah antara perasaan yang menghimpit perasaan, emosi, dan jiwa mereka saban waktu. Tidak cukup dengan bebanan itu, ada ibubapa yang merasa kecewa, dan putus asa.
Sebenarnya tidak ada seorang pun ibu atau ayah mahukan anak-anak mereka mengalami kesakitan dan kesangsaraan sementara mereka bertumbuh.
Petang semalam sekitar jam 7.00 malam saya menerima panggilan telefon dari seorang teman rapat. Dia mengatakan ada satu pasangan suami-isteri dalam situasi sedih dan berduka. Anak kepada pasangan ini yang baru berumur 5 bulan didapati tidak mampu bernafas dan tubuh badan longlai tidak bermaya.
Menurut ibu kepada bayi malang ini, penjaga kepada anak mereka memberitahu anak kecil ini tersedak dan batuk-batuk kecil sebelum secara tiba-tiba susah bernafas. Apa penyebabnya. Dengan keadaan kelam-kabut kerana baru balik dari tempat kerja, si ibu dan bapa kepada bayi kecil ini bergegas membawa anak tersebut ke hospital berdekatan. Dengan serta merta bayi itu dimasukkan ke wad kecemasan. Tidak ada seorang pun dari ahli keluarga anak ini dibenarkan masuk walau pun ibubapanya sendiri.
Hampir dua jam kami menunggu dengan cemas dan menanti berita mengenai apa-apa keadaan anak tersebut. Hampir jam 9.00 malam, ibu bayi dipanggil masuk dan tidak lama kemudian keluar. Sedikit riak riang kelihatan pada wajahnya. Menurutnya doktor dan jururawat bertugas telah mendapati cairan susu memasuki rongga paru-paru bayi tersebut. Inilah yang mengakibatnya susah, sesak nafas, dan malah tidak dapat bernafas. Bayi itu kembali sedikit pulih walau pun masih terlalu lemah selepas cairan itu dipam keluar dari paru-parunya.
Air susu terutamanya apabila menggunakan botol susu untuk menyusui bayi boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa seseorang kanak-kanak. Ada ramai ibu-ibu yang membiarkan botol susu dimulut bayi sementara mereka di ayunan atau di buayan dengan harapan anak itu akan tidur. Tindakan ini sebenarnya membahayakan kanak itu sendiri. Air susu yang mengalir berlebihan akan menyebabkan bayi tersedak dan susu itu memasuki saluran pernafasan bayi. Ini mampu melemaskan bayi tersebut sekali gus membunuh bayi tersebut jika tidak diambil tindakan dengan cepat.
Kepada ibubapa yang baru menimang cahaya mata, ingat ini: jangan membiarkan botol susu di mulut bayi anda sementara bayi itu tidur. Sendewakan bayi selepas memberi minum susu untuk mengelakkan kembung perut dan memberi keselesaan kepada bayi anda.
3 comments:
makasih banyak atas semua info nya gan,,,,,,,
mantap nie gan info nya sangat bagus dan sangat menarik nie ,,,,,,
informasi yang menarik..artikelnya juga bagus
Post a Comment