Kerumunan orang memang terlalu ramai. Mereka datang dan pergi. Kereta-kereta dan lain-lain kenderaan berhenti. Hanya dengan satu tujuan, membeli benda yang menjadi keinginan teratas pencandu barang ini di mana pun di seluruh dunia. Tidak lain ia adalah rokok.
Dengan menjinjing dan memeluk beg-beg plastik beraneka warna, ada hitam, merah muda, kuning dan putih, penjual-penjual rokok ini sudah berada di lokasi kegemaran mereka seawal jam 7.00 pagi. Kereta-kereta atau apa saja jenis kenderaan menjadi tumpuan mata dan pandangan mereka jangan-jangan penumpang kenderaan tersebut melambaikan tangan tanda isyarat mahukan sesuatu. Jika isyarat diperoleh, dengan capat mereka akan mendapatkan penumpang tersebut dan itulah transaksi dan urusniaga mereka pada ketika itu. Rokok bertukar tangan, duit juga diganggam.
Kegiatan jual rokok seludup semakin berleluasa dan kian rancak. Ia bagaikan urusniaga yang memang sangat menguntungkan. Apa tidaknya, hanya dalam masa kurang dari tiga puluh minit, ada lebih sepuluh pembeli rokok datang ke lokasi strategi tersebut dan yang menjadi persoalan saya ialah 100% pembeli rokok seludup ini adalah orang-orang tempatan berdasarkan pemerhatian saya sendiri.
Apakah penduduk tempatan khususnya peribumi tanah tumpah darah ini sanggup bersubahat dan menyokong penjual-penjual rokok seludup hanya kerana harga rokok seludup lebih murah? Apakah mereka senang melihat penjual-penjual rokok seludup ini berkeliaran seolah-olah tempat mereka berjualan itu pasar borong kepada mereka?
Secara jujur, saya melihat ini sebagai punca masalah-masalah tertentu khsusunya masalah sosial dan ekonomi. Ada ramai kanak-kanak mereka turut sama berada di tempat mereka melakukan rusuniaga sekecil 4 atau 7 tahun dan ada yang lebih 9 tahun. Dimana dan kemanakah mereka ini apabila usia mereka semakin meningkat? Persoalan yang sangat sukar bagi saya untuk dapatkan jawapan. Saya fikir pihak berkuasa pasti ada rancangan dan tindakan kepada semua mereka ini.
Ekonomi? Seludup maknanya membawa masuk tanpa melalui saluran yang betul dan saya pasti cukai rokok-rokok yang mereka jual ini tidak pernah dan tidak akan pernah dibayar. Jika penyeludup rokok ini membawa 10,000 kotak rokok (mungkin anggaran ini terlalu sedikit berbanding dengan angka sebenar) dalam sebulan dan katakanlah jika cukai rokok tersebut hanya 30 sen setiap sekotak. Bagi 10,000 kotak cukainya ialah 3000 Ringgit Malaysia! Itu baru sebulan. Bayangkan jika setahun: RM36,000! Ini hanya anggaran sahaja. Mungkin jumlah ini terlalu kecil tetapi nilai yang paling penting ialah ‘kesetiaan’ kepada kerajaan.
Pihak berkuasa tempatan mungkin sudah lama melihat fenomena ini dan mungkin juga sudah mengambil tindakan-tindakan tertentu cuma saja keadaan ini tidak pernah reda dan selesai, atau penjual-penjual rokok seludup ini memang bijak dan immune dengan peraturan dan undang-undang setempat?
5 comments:
rokok selundupan maupun legal dilarang oleh agama.
rokok berbahaya bagi kesehatan
Hello my friend ! I wish you a wonderful weekend. Greetings from Rio de Janeiro/Brasil
Especially to adiwa, indera, & nelson, terima kasih dengan komen-komen anda.
Mr. Neslon, thank fr the wish
Post a Comment