Jika ada suatu perbuatan yang paling kejam yang boleh manusia lakukan terhadap manusia itu sendiri, perbuatan itu ialah pembuangan bayi!
Ngeri! Siapa yang tidak gerun dan ngeri sementara anda berjalan-jalan disuatu pagi, tiba-tiba anda bersemuka dengan segumpal daging dan daging itu adalah bayi manusia? Bayi manusia yang sudah mati. Malah ada diantara bayi-bayi yang dibuang itu sudah koyak-rebak akibat dikunyah pemangsa misalnya anjing, burung, biawak dan lain-lain binatang lagi. Aduh, kecut perut ini. Isi-isi tubuh ini pedih bagaikan disiat-siat. Manakah perginya perikemanusiaan itu sendiri?
Persolaannya ialah, kenapa perkara ini berlaku dizaman yang serba maju? Apakah yang mendorong pasangan [lelaki dan perempuan] tergamak melakukan perlakuan sumbang dan kemudiannya membuang bayi-bayi mereka yang tidak berdosa itu? Apakah hubungan intim yang hanya beberapa minit sahaja itu mampu mengelabui mata hati pasangan-pasangan perempuan dan lelaki ini? Apakah keseronokan yang mereka nikmati melalui alat sulit "antara pusat dan lutut" itu mereka agung-agungkan melebihi nyawa seorang bayi sehingga mereka tidak lagi mengendahkan balasan dari Yang Maha Esa? Membingungkan. Benar-benar membingungkan!
Inilah yang sedang berlaku di depan mata kita. Saat ini. Berlaku di mana-mana.
Jika ada suatu kesempatan yang paling bernilai untuk kita sama-sama lalui saat ini, kesempatan itu ialah melihat lebih dalam dan lebih jauh kepada penyebab gejela yang menggerunkan ini berlaku. Bersemuka dengan mereka yang pernah melakukan tindakan membuang bayi-bayi mereka dimasa lalu. Bukan untuk membuatkan kisah mereka berdarah semula dalam senubari mereka tetapi menyelami sejauh mana mereka menyedari kesilapan masa lalu mereka sebagai iktibar bersama terutamanya kepada pasangan-pasangan muda-mudi masa kini.
Jika anda masih ada sedikit rasa bersalah kerana membiarkan kejadian-kejadian pembuangan bayi ini berlaku, walau pun itu bukan disebabkan oleh tindakan anda secara langsung, kongsikanlah rahsia hidup harmoni melalui 42 TIP HIDUP HARMONI kepada mereka yang anda pernah kenal dan anda pernah tahu mengenai kesilapan seseorang membuang bayi dimasa silam.
Kongsikan disini.
1 comment:
kasihan entu bayinya...
Post a Comment