Buat tetapan semua pengunjung blog ini, sebelum saya meneruskan post saya hari ini, izinkan saya merakamkan satu ayat ya ... semantara anda memandu ari ni tak kiralah ke mana anda nak pergi, memandu untuk berlibur dengan kawan-kawan atau memandu bersama keluarga atau berseorangan untuk balik kampung beraya ... berhati-hati ya semasa memandu ...
Setiap musim perayaan khususnya perayaan Hari Raya, orang ramai dan ramai orang akan berpusu-pusu balik ke kampung halaman terutamanya yang bertugas berjauhan dengan ahli keluarga tercinta khususnya pada ayah dan bonda yang dikasihi, aduh rindunya dalam hati mahu menemui keluarga yang sudah lama tidak dikunjungi dek kesibukan hidup.