Hari ini ialah 15 April 2013. Tinggal lagi 19 hari rakyat negara Malaysia akan memunaikan tanggungjawab untuk mengundi. Mengundi bermakna menyuarakan isi hati, kalbu dan jiwa bagi memilih kerajaan yang akan memerintah, mentadbir dan mengurus segala hal ehwal mengenai Malaysia untuk 5 tahun lagi. Ingat, mengundi bukan hanya memangkah pada kertas undi semata-mata. Ia melibatkan pemikiran yang cermat dan bijaksana bahkan melibatkan pemikiran yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Jika anda layak mengundi, siapa pun anda, di mana puna anda berada, apa pun bangsa dan kaum anda, apa pun agama anutan anda, apa pun tahap pendidikan anda, apa pun sosio ekonomi anda, anda patut dan harus keluar mengundi pada 5 Mei 2013. Jangan sia-siakan hak anda sebagai pengundi.
Mengundilah bukan berdasarkan citarasa kerana citarasa sering menipu. Mengundilah seolah-olah anda akan membawa Malaysia ke tahap yang maju dan dipandang sebagai negara gemilang di persada dunia. Bagaimana?
Undilah calon yang anda sudah lihat sebagai calon yang benar-benar boleh dan mampu mewakili diri anda dan rakyat jelata lainnya ke perhatian 'pemerintah, pentadbir dan pengurus' negara Malaysia kelak. Sebagai rakyat biasa, inilah masanya untuk anda mengeksploit sepenuhnya hak anda sebagai pengundi. Sebab selepas pemerintah baru dipilih dan ditubuhkan, anda tidak ada apa-apa suara lagi sehingga 5 tahun akan datang! Lama beb!
Undilah calon yang benar-benar mampu membawah kemajuan yang total dan kehidupan yang jauh lebih baik daripada sebelumnya kepada tempat anda, kepada masyarakat dan komuniti setempat.
Hak mengundi di tangan anda!
My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here
Let Me have An Easy Way To Reach You Back
My Friend Link And Banner
Please Press Once And I'll Press YoursToo
Your IP Address is:
Need Another Language For This Site?
Very Hot Entry You Might Like
Read Popular Malaysia News Paper Daily
Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts
Tuesday, April 16, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)













