Selamat pagi dan salam sejahtera semua,
Pelajar-pelajar institusi kemahiran tentunya mendambakan keputusan penilaian Sijil Kemahiran Malaysia yang 'super' cemerlang. Sebenarnya saya sendiri mengalami situasi sebagai pelajar institusi kemahiran dan mengalami penilian SKM. Sudah tentu keinginan untuk memperolehi keputusan SKM yang terampil cemerlang adalah menggunung. Bagaimana?
Kalau penilaian SKM yang kita lalui kita melakukannya dengan sebaik yang boleh dan kita memperolehi keputusan yang cemerlang, sudah tentu peluang yang ada semuanya berjalan dengan lancar dan terbuka luas.
Bagaimana kalau keputusan SKM itu kurang baik, misalnya dalam istilah persijilan SKM hanya 'terampil' sahaja? 'Aura' & 'firasat' sijil SKM sedimikian tidak begitu menonjol.
Inilah yang saya mahu kongsi kepada semua pembaca blog Keluarga Harmoni hari ini. Terutamanya mereka yang sedang belajar atau bercadang untuk memasuki mana-mana institusi kemahiran.
Saya bawakan kepada anda sebuah e-book "Ketahui Rahsia Bagaimana Pelajar Lemah Mampu Cemerlang Dalam Penilaian SKM".
e-Book ini percuma. Saya tidak kenakan apa-apa bayaran.
Download e-book ini melalui pautan ini: Preview e-Book "ketahui Rahsia Bagaimana Pelejar Lemah Mampu Cemerlang Dalam Penilaian SKM".
Sekian, selamat membaca.
Ikhlas dari saya
Somoon Gomp
My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here
Let Me have An Easy Way To Reach You Back
My Friend Link And Banner
Please Press Once And I'll Press YoursToo
Your IP Address is:
Need Another Language For This Site?
Very Hot Entry You Might Like
Read Popular Malaysia News Paper Daily
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Monday, March 18, 2013
Monday, March 4, 2013
Pencerobohan Lahad Datu, Sabah
Keadaan semakin meruncing. Kegentaran penduduk setempat semakin di rasai. Sini sana Pasukan Keselamatan negara berkawal dengan berhati-hati dan sentiasa siap siaga menghadapai segala kemungkinan. Beberapa hari kebelakangan ini suasana cemas tetapi masih terkawal. Beberapa anggota keselamatan gugur kerana mempertahankan ibu pertiwi yang dikasihi. Inilah yang diakibatkan oleh penceroboh-penceroboh ke atas "Bumi Di Bawah Bayu" ini.
Hari ini 4 Mac 2013, jam 4.50 petang, penulis merasakan sesuatu yang benar-benar luar biasa. Walau pun jarak tempat penulis dengan Lahad Datu agak jauh iaitu lebih kurang 300 kilometer, namun bahang suasana yang berlaku tetap dirasai. Menurut sejerah, Sabah pada suatu ketika dulu memang dibawah kekuasaan Kesultanan Sulu. Tetapi itu sudah lama berlalu apabila Sabah (dulu dipanggil North Borneo) merdeka sepenuhnya dari British pada 31 Ogos 1963 dan bergabung dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia.
Sebagai warganegara Malaysia yang lahir dan membesar di Sabah, pencerobohan ke atas tanah tumpah darah ini tidak sepatutnya berlaku apa tah lagi di zaman yang serba maju ini. Tuntutan pihak-pihak tertentu tidak sepatutnya timbul selepas Sabah merdeka 50 tahun!
Semoga Pasukan Keselamatan negara akan terus mempertahankan ibu pertiwi tercinta ini sehingga ketitisan darah terakhir. Rakyat jelata akan tetap berdiri di belakang anda. Kami akan tetap memanjatkan doa ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa demi keselamatan dan kesehjeteraan anda, Pasukan Keselamatan negara.
Tuesday, January 15, 2013
Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M
Penerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar semula manakala penerima
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah bertukar alamat atau
kematian ketua isi rumah, perlu mendaftar semula untuk membolehkan
mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013. Tahniah Malaysia dan syabas rakyat Malaysia.
Pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian (online) atau secara
manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran
dibuka 1 Nov nanti. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di :
1-Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
2-Jabatan Pembangunan Persekutuan
3-Jabatan Kebajikan Masyarakat
4-Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
5-Dimuat turun melalui laman http://www.hasil.gov.my/indexbi.php
Muatturun Borang BR1M
https://ebr1m.hasil.gov.my/manualpengguna/borangbr1m2.pdf
Daftar online BR1M
https://ebr1m.hasil.gov.my/
Antara kriteria penerima BR1M 2.0 yang layak memohon bantuan RM500:
1) Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Ia merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa.
2) Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.
3) Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon. Sumber:BERNAMA
sumber: http://www.ajumohit.com
Labels:
Bantuan Rakyat 1 Malaysia,
BR1M,
Malaysia
Wednesday, December 28, 2011
Taman Rekreasi 1000 Anak Tangga
Adunan suasana segar dan nyaman, persekitaran belantara yang subur menghijau, tasik jernih dengan hidupan air yang sihat, dan kunjungan tetamu-tetamu yang tidak pernah lenggang menjadikan Taman Tun Fuad Stephen menyerlahkan lagi keasyikan apabila kaki melangkah memasuki taman rekreasi ini sambil disambut dengan siulan riang-riang dan burung-burung yang merdu.
Kebisingan dan kesibukan kota nampaknya sirna sementara. Hati menjadi senang, jiwa menjadi tenang, emosi dan minda berpadu mengiyakan keindahan alam semuilajadi ciptaan Tuhan. Syukur. Sekali-sekala kedengaran gelak-tawa pengunjung menandakan keriangan yang terpancar dari senubari, sementara menikmati nilai sentimental persekitaran yang indah dan bersih. Waduh ...
Anak tangga ke puncak
Anak tangga dilihat dari atas
Suasana pemandangan di puncak
Restoran atas air di Tasik Taman Tun Fuad Stephen
Pemandangan dari puncak ke arah Teluk Likas
Taman Perumahan Minintod, dilihat dari puncak
Teluk Likas view dari puncak
Pemandangan memperlihatkan anjung bangunan Dewan Undangan Negeri
Panorama mengamit rasa
Bangunan Tun Dato Mustapah dilihat dari puncak
Pemandangan perumahan ke arah Bukit Bendera
Pemandangan di puncak
Treck jogging di puncak
Satu lagi treck jogging di puncak
Kehijauan yang masih terpelihara
Nama Tun Fuad Stephen diabadikan untuk Taman Tun Fuad Stephen sejak puluhan tahun dahulu sehingga kini. Tun Fuad Stephen adalah seorang pemimpin berkelibar dan berdedikasi Negeri Di Bawah Bayu ini di era 70'an dan 80'an dan nama beliau diabadikan untuk kemegahan seluruh penduduk negeri Sabah khususnya Luyang, Kota Kinabalu untuk generasi dahulu, kini dan akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)













