My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Wednesday, July 20, 2011

Sepetang Bersama Tugas 'Steward' Perhotelan

'Huh, penat. Memang penat'. Itulah luahan kata-kata yang saya sempat ucapkan sewaktu 'menjadi' steward suatu petang dibulan Jun 2011. Itu baru beberapa jam pengalaman melakukan kerja-kerja sebagai steward disalah sebuah 'resort cum hotel' terkenal bertaraf tiga atau empat bintang di negeri 'di bawah bayu' ini. Secara emosi saya katakan, tidak ada orang yang tinggal di tempat ini yang akan mengalami kebuluran asalkan sanggup bekerja apa sahaja asalkan halal.

Saya konon nak ambil pengalaman sambil mahu 'menikmati' sedikit imbuhan hujung minggu dengan melakukan kerja-kerja 'senang' yang boleh dilakukan di resort tersebut. Kebetulan pada masa itu ada satu majlis perkhawinan yang dilangsungkan dan resort tersebut memerlukan tambahan tenaga kerja selain pekerja yang sedia ada.

'Macam mana nie, bila habis majlis perkhawinan nie,? Luahan isi hati saya seakan bersungut walaupun sebenarnya saya patut akur kepada peraturan resort tersebut. Takkanlah saya cabut lari sedangkan majlis baru sahaja dimulakan dan ada ramai jemputan yang datang malah masih banyak yang berduyun-duyun tiba.

Habis sebesin ada berbesin-besin lagi yang menunggu. Menunggu untuk dibersihkan. Menunggu untuk dicucikan. Kalau tidak, tak adalah pinggan mangkuk untuk pelanggan yang sedang menikmati hidangan petang yang memang enak-enak belaka. 
Saya dimaklumkan majlis perkhawinan tersebut hanya akan tamat pada jam sekitar 11.00 malam. '11.00 malam, sekarang baru 7.00 malam. Lagi  tiga jam'! Gerutu saya sendirian, benar-benar merasai kepenatan membersihkan pinggan mangkuk beserta gelas-gelas yang senang pecah.

Ini adalah sekelumit pengalaman bekerja sebagai steward. Sebuah pengalaman yang tidak mungkin senang saya lupai begitu sahaja. Saya tidak nafikan betapa pentingnya tugas seorang steward di resot-resot atau di hotel-hotel. 

Saya boleh bayangkan betapa para steward bertungkus lumus melaksanakan kerja-kerja mereka demi kehormatan resot atau hotel secara amnya dan demi majikan mereka secara khususnya. Bayangkan andai kata para steward ini tidak cekap melaksanakan kerja mereka.

Untuk seketika, saya berhenti dan meluruskan pinggang yang sejak sejam setengah tadi asyik bertinggung dan bercangkung membersihkan sisa makanan yang kebanyakannya masih terlekat pada pinggan mangkuk. Lenguh, lenguh pinggang ni. Tanpa saya sedari ada air yang terbit dari penjuru luar mata kemudian mengalir membasahi pipi ini lalu bergabung dengan peluh-peluh yang keluar dari pelipis dan dahi. Aduh, beginikah kerja pencuci pinggan-mangkuk-gelas atau steward ...

Selama ini saya tidak pernah membayangkan untuk merasai dan menyelami kerja sebagai steward atau pencuci pinggan mangkuk, dalam perkataan kasar. Selepas tukang masak, steward adalah tulang belakang kepada kelancaran sesuatu majlis di mana-mana hotel atau resort. Waiter dan waitress tidak saya nafikan bahawa mereka berhadapan secara langsung dengan pelanggan-pelanggan. Mereka juga mempunyai peranan yang tidak kurang penting dalam sesuatu 'function' di hotel-hotel atau resort-resort.

Selepas merasai penat lelah dan kesakitan sendi-sendi, sesungguhnya saya akur, pekerjaan sebagai steward memerlukan tenaga kudrat yang bukan sedikit banyaknya malah memerlukan daya tahan yang padu dan komitmen yang jitu untuk melaksanakan tugas-tugas yang dipikul.

Saya pasti semua steward yang sedang melaksanakan kerja-kerja mereka disaat ini, sedang memera tenaga demi nama baik hotel atau resot di mana bereka bertugas. 

Sisa-sisa bahan buangan yang sedang mereka hadapi, pinggan-mangkuk serta gelas yang menimbun banyaknya, itu adalah penjana rezeki mereka dan imbuhan lumayan kepada para majikan serta penjulang nama baik kepada setiap hotel dan resort yang sedang berusaha memantapkan komitment mereka bahawa 'costumer is always right and costumer is our priority'.

Para majikan atau para pemilik hotel dan resort, jika steward anda memohon annual leave atau sekurang-kurang sick-leave, berilah kebenaran yang berunsurkan prikemanusiaan kerana para steward anda adalah manusia biasa seperti anda yang sering kali akan mengalami keletihan dan merasai sakit-sakit badan. Mereka bukanlah mesin yang immune akan kesakitan.

Terima kasih kepada B. Paradise, Kinarut, Sabah kerana memberikan saya peluang untuk mengalami dengan sendirinya bekerja sebagai pencuci pinggan, mangkuk, dan gelas - mungkin kerja yang telah saya lakukan tidak setanding dengan gelaran STEWARD ...

Jumpa lagi dengan pengalam kerja lain di catatan akan datang ...

No comments: