Wednesday, February 22, 2012

Ibu Mati Ditetak Anak

Keadaan Gempar Di Perkarangan Rumah Mangsa

Bagaimana mungkin seorang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang nekad membunuh ibunya sendiri dengan libasan golok perak?

Ikuti kisah selanjutnya …

SUNGAI PETANI: “Saya terkejut hingga menggigil bila melihat Tok Teh terbaring berlumuran darah berhampiran singki di dapur,” kata Fadzilah Hussin, 26, cucu saudara A’inshon Abd Rahman, 60, yang mati ditetak dengan golok perak oleh anak lelakinya di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, dekat sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 11.30 pagi dan jam 1 tengah hari dan mayat mangsa ditemui seorang penjual ikan yang lalu di situ sebelum terlihat warga emas itu terbaring di lantai menerusi pintu dapur yang terbuka.

Difahamkan, mangsa yang memasak untuk makan tengah hari ditetak anak lelakinya berusia 26 tahun yang juga penagih dadah apabila dia tidak memberi wang yang diminta suspek.

Fadzilah berkata, sebelum kejadian dia menyuruh anak lelakinya, Khainursyani Mohd Khizri, 3, ke rumah nenek saudaranya itu jam 11 pagi dan anaknya pulang membawa sebiji pisang yang diberikan mangsa.

Menurutnya, dia langsung tidak mengesyaki sesuatu yang pelik kerana tidak mendengar pertengkaran mangsa dengan anak bongsunya walaupun jarak rumah mereka hanya lima meter.

sumber: myMetro

4 comments:

  1. Hello from France
    thank you for your membership in the directory,
    I like a lot
    creating this new blog "directory", it will a rapprochement between different countries, different people, also if we lose addresses.
    And I can help you, for some applications for blogs
    It is in its infancy, and if there are improvements to make, I am totally at your disposal
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    The more people and more opportunities it will give, you are some sort of ambassador of this blog is you also have to do after your contacts know, I'm only through
    you are in the list Malaysia
    friendly
    Chris

    here is the image of the blog if you wish to make known to your friends
    http://nsm07.casimages.com/img/2012/02/19/120219110552505749457952.jpg

    ReplyDelete
  2. dh tgk..ibunya niat nk pg haji xkesampaian. haii dunia2..mcm2. nk buat cne, suspek pon mental.

    ReplyDelete
  3. subananloh anak yang durhaka tega ibu sendiri di bunuh ,,,,,,,,

    ReplyDelete